:: mengenai CIO >> CIO agensi



Peranan CIO Agensi

1.
Menjadi pengerusi jawatankuasa ICT agensi,
2.
Memimpin dan melibatkan agensi dalam usaha-usaha kerajaan untuk membangun dan melaksanakan projek IT sektor awam yang dapat membawa perubahan dalam pengurusan dan pentadbiran Perkhidmatan Awam,
3.
Bertanggungjawab melantik ahli-ahli jawatakuasa ICT agensi yang terdiri daripada kalangan pegawai / kakitangan bukan teknikal ICT. Selain daripada itu, pegawai teknikal ICT dari Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri atau Kumpulan Sokongan IT(KSIT) atau Pejabat Cawangan JPKN haruslah dilantik menganggotai ahli jawatankuasa ICT agensi. Ini bertujuan agar kedua-dua pihak dapat bekerjasama untuk memberi perkhidmatan teknikal ICT yang cekatp dan berkesan,
4.
Mengoptimumkan penggunaan sumber manusia ahli-ahli jawatankuasa. Sebagai contoh, pegawai / kakitangan bukan teknikal ICT boleh dilantik sebagai “webmaster”, serta menyelesaikan masalah-masalah operasi komputer biasa. Manakala, pegawai teknikal ICT boleh memfokuskan tugas teknikal seperti pembangunan dan pelaksanaan sistem.
 
   
Manakala fungsi dan tanggungjawab jawatankuasa ICT agensi adalah:
1.
Menyediakan Pelan Strategik ICT agensi yang mengandungi perancangan penggunaan IT dalam menyokong pencapaian matlamat agensi,
2.
Memperkemaskin dan menyatupadukan proses-prose yang “cross fucntional” antara bahagian bagi menghasilkan perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan,
3.
Menentukan halatuju sistem aplikasi agensi bagi mengurangkan masa dan kos pembangunan, penyelenggaraan dan pengoperasian,
4.
Memelihara integriti data elektronik dan menggalakkan perkongsian maklumat serta menyediakan kaedah bagi penyebaran maklumat secara elektronik kepada pengguna-pengguna yang sah sama ada dalam dan luar agensi,
5.
Mempromosikan penggunaan IT yang berkesan dan seiringan untuk mencapai matlamat strategik agensi dan bertindak sebagai agen dan perintis perubahan (champion of change),
6.
Membangun dan mengemaskini laman web jabatan,
7.
Menyelesaikan masalah-masalah teknikal yang berkaitan.
 








Sabah
Aplikasi
JPKN
SSO
Keselamatan ICT
MoF
SGCERT
JPAN
JPAM
MAMPU
INSAN
Malaysia
 
 








 




 
Meja Bantuan
Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri
Tingkat 1 & 2, Blok A,
Wisma Kewangan, Beg Berkunci No. 2057
88999 KOTA KINABALU
 
Telefon: 088 219064
Faks: 088 215116
E-melhelpdesk.jpkn@sabah.gov.my

Majalah Online

NOTICE PENAFIAN


Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami
disebabkan penggunaan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.

Hakcipta Terpelihara © 2016 Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768 piksel, pelayar Internet Explorer 8, Mozilla Firefox & Google Chrome

Kemaskini terakhir: 27 Disember 2016