:: mengenai CIO >> latarbelakang



Latarbelakang CIO

Penggunaan Teknologi Maklumat di dalam sektor awam di Sabah bermula pada akhir tahun 1977 apabila Unit Perkhidmatan Komputer (sekarang dikenali sebagai Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri) diwujudkan bagi melaksanakan aktiviti pemprosesan data dan pembangunan sistem. Pada masa itu, tenaga dan pakar Teknologi Maklumat terhad kepada sokongan teknikal dan pengoperasian sahaja.

Inisiatif kerajaan negeri pada tahun 1990an dengan pelancaran "Outline Perpective Plan of Sabah" (1995), "State Public Sector IT Master Plan"(1997) dan "Reinventing Government" (1999) memberi ruang kepada Teknologi Maklumat untuk berkembang pesat di sektor awam.

Untuk menampung keperluan ini, kerajaan negeri telah melantik seorang Agen Galakan IT atau lebih dikenali dengan AGINT di setiap agensi kerajaan. Kriteria utama para AGINT ini adalah kakitangan yang mempunyai minat dalam Teknologi Maklumat dan berupaya melaksanakan tugas - tugas separa teknikal yang diperlukan. Namun begitu, timbul permasalahan di mana, hala tuju agensi tidak seimbang dengan penggunaan Teknologi Maklumat yang sedia ada.

Seiringan dengan itu, kerajaan menyedari bahawa seorang penyelaras diperlukan untuk memastikan pembangunan dan pelaksanaan Teknologi Maklumat di agensi kerajaan adalah seiring dengan hala tuju agensi terbabit. Pada 25 September 2003, Surat Pekeliling telah dikeluarkan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) bagi penamaan Ketua Pegawai Maklumat (CIO) di setiap Agensi Kerajaan Negeri Sabah.

Ketua Pegawai Maklumat (CIO) bolehlah didefinisikan sebagai pegawai kanan agensi yang bertanggungjawab terhadap semua aspek Teknologi Maklumat agensi dan menyelaraskannya dengan strategi bisnes agensi. Pegawai kanan ini terlibat di dalam mesyuarat pengurusan dan berupaya mempengaruhi polisi dan perancangan strategik/hala tuju agensi.

Selain daripada itu, mereka juga merupakan pencetus kepada penstrukturan semula proses bisnes agensi berdasarkan infrastruktur Teknologi Maklumat yang sesuai. Motto yang bertepatan dengan peranan Ketua Pegawai Maklumat (CIO) ini ialah:

" Giving the right people the right information at the right time "

 
Peranan
Menjadi Pengerusi Jawatankuasa ICT agensi.
Memimpin dan melibatkan agensi dalam usaha-usaha kerajaan untuk membangun dan melaksanakan projek IT sektor awam yang dapat membawa perubahan dalam pengurusan dan pentadbiran Perkhidmatan Awam.
Bertanggungjawab melantik ahli-ahli jawatankuasa ICT agensi yang terdiri daripada kalangan pegawai/ kakitangan bukan teknikal ICT. Selain daripada itu, Pegawai teknikal ICT dari Kumpulan Sokongan IT (KSIT) berkenaan haruslah dilantik menganggotai ahli jawatankuasa ICT agensi. Ini bertujuan agar kedua-dua pihak dapat bekerjasama untuk memberi perkhidmatan teknikal ICT Yang cekap dan berkesan.
Mengoptimumkan penggunaan sumber manusia ahli-ahli jawatankuasa. Sebagai contoh, Pegawai/ Kakitangan bukan teknikal ICT boleh dilantik sebagai "webmaster" serta menyelesaikan masalah-masalah operasi komputer biasa. Manakala, Pegawai ICT(KSIT) boleh memfokuskan tugas teknikal seperti pembangunan dan perlaksanaan sistem.
 
Tanggungjawab
Menentukan strategi dan melaksanakan initiatif ICT bagi mencapai visi dan objektif pembangunan dan penggunaan Teknologi Maklumat di agensi masing-masing.







Sabah
Aplikasi
JPKN
SSO
Keselamatan ICT
MoF
SGCERT
JPAN
JPAM
MAMPU
INSAN
Malaysia
 
 








 




 
Meja Bantuan
Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri
Tingkat 1 & 2, Blok A,
Wisma Kewangan, Beg Berkunci No. 2057
88999 KOTA KINABALU
 
Telefon: 088 219064
Faks: 088 215116
E-melhelpdesk.jpkn@sabah.gov.my

Majalah Online

NOTICE PENAFIAN


Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami
disebabkan penggunaan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.

Hakcipta Terpelihara © 2016 Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768 piksel, pelayar Internet Explorer 8, Mozilla Firefox & Google Chrome

Kemaskini terakhir: 27 Disember 2016